Akaun ajashoppe.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tutorial Bina 3 Jenis Audience FB Ads

Tutorial Bina 3 Jenis Audience FB Ads

Tutorial ini adalah PERCUMA.

Nak bina;

  • 'Saved Audience,
  • Custom Audience dari database prospek atau
  • Database LTV pelanggan anda dan
  • Lookalikes Audience?

Tonton terus video panduan dibawah atau;

Jika anda nak simpan link tutorial ini dalam emel anda, sila isi maklumat anda di bawah dengan tepat. Boleh rujuk semula tutorial bila-bila masa. 


Hi, sallam sejahtera, 

Terima kasih kerana berminat nak tahu cara bina 3 jenis audience FB Ads.  

Saya Tuan Aja, trainer Bengkel Chatbot Untuk Newbie. Saya bukan sifu atau mastaji, hanya seorang yang ada pengalaman dalam bidang Sales & Markeitng dari tahun 2003.

Majoriti marketer yang saya jumpa, tidak menjaga database mereka.

Bagi anda yang buat bisnes secara online, database amat penting untuk dijaga dan dibelai.

Tahukah anda, 80% sales akan datang dari database.

Jadi, mari lihat apa yang anda boleh buat dengan database.

  • Boleh gunakan database prospek anda untuk bina lookalikes audience. 
  • Boleh gunakan database LTV pelanggan anda untuk minta Facebook cari audience yang berduit. 

Apa beza database prospek vs database LTV?

  • Database prospek adalah data mereka yang berminat nak beli tapi tak beli2. 
  • Database LTV pula adalah mereka yang telah membeli dari anda.

Untuk apa pula dua jenis database ini?

  • Anda boleh guna database prospek untuk minta Facebook carikan orang yang ada ciri-ciri yang sama dengan prospek anda. 
  • Anda boleh minta Facebook carikan mereka yang berduit dengan menggunakan database LTV.

Jadi, anda boleh guna dalam kempen marketing FB Ads anda. Nak guna untuk setting boost post boleh, guna untuk kempen pun boleh. 

Di sini, saya berikan bukan 1 tapi 3 video panduan untuk membina Save Audience, Custom Audience dan Lookalikes Audience. Semoga panduan ini dapat membantu kempen pemasaran anda dengan lebih tepat. 


Untuk tonton video panduan ini dalam emel, sila isi maklumat anda dibawah.

Pastikan email dan nombor hp anda betul.

Klik hantar borang.

Video tutorial otomatis akan dihantar ke emel anda. 

ps. Update terbaru Ads Manager, untuk guna Custom Audience, perlu guna ads manager business. Ads manager personal tak boleh. 



Panduan bina Saved Audience


Panduan bina database prospek/pelanggan dalam format csv.


Panduan untuk muatnaik data csv untuk bina custom & lookalikes audience. 



Tips.

  1. Buat FB Ads > guna save audience > objektif dapatkan 100 no hp atau komen atau mesej.
  2. Buat Custom Audience pula dengan menggunakan 100 data di atas. 
  3. Terus buat Lookalike Audience. Guna 1%. 
  4. Runs ads target ke L.A, test audience ini. 
  5. Jika respon bagus dan ada sales, terus kan guna dan kumpul data. 
  6. Ulang buat custom dan lookalikes berulang kali, at least 3 kali. 
  7. Tujuan buat begini untuk dapatkan data audience yang lebih tepat dengan menggunakan algoritma FB. 
  8. Save Audience dalam video no 1 adalah kategori audience syok sendiri. 
  9. Jadi perlu test dan dapatkan data. 
  10. Dari data itu, baru kita guna algoritma FB untuk dapatkan data audience yang lebih tepat dengan target produk.